Borang Bayaran Zakat
Bayaran Melalui FPX. Bayaran Zakat akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor. Tanpa melalui entiti lain. Tiada Caj Transaksi dikenakan.
Platform Zakat Bertauliah

Bayar Zakat Online
Mudah dan Pantas Seluruh Negara

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.

Surah An-Nur: 56

Kelebihan bayar Zakat Online

Tunai zakat melalui platform atau amil bertauliah untuk nikmati kelebihan berikut:

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat dapat rebat cukai pendapatan 100% daripada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Jimat & rendahkan cukai pendapatan.

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Entiti perniagaan dapat menikmati rebat cukai 2.5% daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terus sampai ke Lembaga Zakat

Bayaran zakat di platform ini melalui perbankan online & FPX terus ke Lembaga Zakat Selangor. (Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor)

Kutipan & Agihan kepada Asnaf

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf. Melalui proses audit Jabatan Audit Negara, Sirim dan audit dalaman.

Dalil Kewajipan & Kelebihan Berzakat

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah At-Taubah:103

Kelebihan

Tunai Zakat Online Di
  • Jimat masa dan petrol kerana tidak perlu pergi ke pejabat atau kaunter bayaran zakat
  • Tunaikan zakat dengan telefon pintar atau komputer dalam beberapa minit sahaja.
  • Bukti & rekod bayaran zakat disimpan dalam emel. Mudah dicari semula.
  • Resit rasmi zakat dikirimkan ke emel. Boleh gunakan untuk rebat cukai pendapatan.
  • Boleh bayar zakat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Maklum balas pengguna

Mudah dan cepat. Terima kasih.
Nurul Hidayah
Sangat jimat masa. Tak perlu memandu jauh ke kaunter zakat lagi.
Abu syakirin
Saya siap bayar zakat dalam masa beberapa minit sahaja. Senang sangat
Khairul
Alhamdulillah. Platform bayar zakat online ini sangat memudahkan urusan saya. Lega dapat elak jalan yang sesak.
Faizul Ahmad
Saya suka bayar zakat di platform ini, sebab mereka akan emelkan resit rasmi. Mudah simpan rekod zakat.
Siti hajar
Sistem yang mudah. Saya beralih kepada bayar zakat melalui platform bertauliah kerana yakin zakat saya akan diagih dan sampai ke sasaran asnaf. Yang penting dapat resit, boleh claim rebate cukai pendapatan.
Muhammad Amin
Terima kasih kerana memudahkan urusan pembayaran zakat saya dan isteri.
abdul latif

Contoh Resit Rasmi Zakat

Amil Zakat bertugas akan proses & emelkan resit rasmi seperti di bawah
Contoh Resit Rasmi Zakat

Tauliah Lantikan Amil zakat

Hanya amil yang diberi tauliah sahaja dibenarkan mengutip zakat
Tauliah Pelantikan Amil Zakat

Soalan Lazim Zakat Pendapatan

1. Mengapakah keperluan asas seperti rumah, kereta, bil-bil dan tanggungan lain tidak diambil kira dalam taksiran zakat pendapatan?
Penentuan had kifayah yang dibernarkan telahpun mengambil kira keperluan asasi seperti makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan alat keperluan/sokongan pekerjaan.

2. Di dalam format kiraan zakat pendapatan, mengapakah tolakan Tabung Haji (jumlah simpanan dalam tahun semasa) diletakkan selepas zakat pendapatan dijumlahkan?
Ini kerana caruman dan simpanan tahun semasa di Tabung Haji hendaklah digabungkan dengan zakat pendapatan yang diperolehi pada tahun semasa bagi tujuan penentuan nisab sahaja.
3. Saya wajib membayar zakat pendapatan tetapi pada akhir tahun wang telah habis digunakan. Adakah saya masih wajib membayar zakat pendapatan?
Ya, wajib dibayar zakat tersebut secara ansuran sehingga selesai dan ia dianggap sebagai hutang yang perlu disegerakan.
4. Bolehkah saya membayar zakat pendapatan secara ansuran dan melebihi dari tempoh satu tahun?
Harus membayar zakat secara ansuran dalam masa satu haul. Jika melebihi haul ia dianggap qada’ namun sekiranya berkemampuan wajib disegerakan pembayaran zakat.
5. Perlukah saya tunaikan zakat hasil dari kutipan sewaan rumah yang saya miliki?
Ya, zakat wajib dikeluarkan ke atasnya setelah menolak kos-kos pada tahun semasa dan dikira sebagai hasil mustaghallat dalam kiraan zakat pendapatan.
6. Boleh jelaskan apa perbezaan di antara zakat pendapatan dan zakat simpanan?
Zakat pendapatan dilihat puncanya dari gaji, hasil kerja bebas, hasil sewaan dan pemberian yang diperolehi pada tahun semasa sahaja.

Para Mufassirin seperti Imam As-Suyuti berpendapat, perkataan “ مَا كَسَبْتُمْ “adalah mubhamah dan memberi makna yang umum merangkumi apa juga jenis pekerjaan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, segala harta yang diperolehi daripada apa jua bentuk usaha dan pekerjaan adalah dikira harta yang wajib dikeluarkan zakat.

Adapun zakat wang simpanan dilihat puncanya dari wang yang telah sedia ada pada tahun sebelumnya. Zakat wang simpanan dikenakan pada baki hujung haul yang mencecah nisab semasa, sementara zakat pendapatan dikenakan kepada jumlah yang berbaki selepas dibuat penolakan untuk had kifayah dan sekiranya bakinya melebihi atau menyamai nisab.
7. Bagaimanakah cara nak kira zakat pendapatan ?
Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:

2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau

Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.
8. Apakah pengertian zakat pendapatan?
i. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”
Contoh :
(a) Gaji
(b) Upah
(c) Bonus
(d) Tuntutan Kerja Lebih Masa
(e) Gratuiti
(f) Pampasan
(g) Pencen
(h) Hadiah, anugerah & insentif
(i) ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
(j) Apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.

Walau bagaimanapun, pendapatan dari sumber-sumber berikut tidak perlu dizakat kerana ianya tidak termasuk di dalam kategori pendapatan. Sebaliknya ia diperolehi sebagai ganti pendahuluan kos yang terpaksa ditanggung oleh individu dalam menjalankan tugas atau kerja yang dilakukan. Pendahuluan tersebut dibayar menggunakan gaji pekerja yang telah dibayar zakat. Sekiranya diwajibkan zakat, maka akan berlaku zakat sebanyak 2 kali.

Contoh :
(a) Tuntutan Lojing
(b) Tuntutan Ke Luar Negara
(c) Tuntutan Keraian
(d) Tuntutan Perbatuan
(e) Tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan pekerjaan

ii. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ”

Contoh :
(a) Hibah
(b) Hadiah
(c) Saguhati
(d) Pencen Pasangan
(e) Sedekah
(f) Pampasan
(g) Harta Pusaka
(h) Harta Wasiat
(i) Mahar Perkahwinan

Dalam kes penerimaan harta pusaka / wasiat, ianya dikenakan zakat apabila harta tersebut dalam bentuk tunai dan seumpamanya.Manakala penerimaan harta pusaka dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) atau harta yang tiada zakat pada ‘ainnya, maka tidak perlu dikenakan zakat.

iii.Zakat Harta Hasil Kerja Bebas
Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contoh :
(a) Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
(a1) Bayaran kepada peguam atas khidmat guaman yang diberikan.
(a2) Bayaran kepada arkitek atas khidmat yang diberikan.
(a3) Bayaran kepada doktor klinik swasta atas rawatan yang diberikan.

(b) Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.
(c) Keuntungan projek bermusim.
(d) Komisyen dan Residual income – pendapatan dari jualan insuran, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
(e) Bayaran royalti atau komisen yang diterima daripada hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

iv. Zakat Hasil Harta Mustaghallat

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :
(a) Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan dan sebagainya.
(b) Hasil sewaan kenderaan atau pengangkutan.
(c) Hasil sewaan peralatan, aset atau sebagainya.
(d) Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

© 2023 BayarZakatMalaysia.com All rights reserved.
Privacy Policy